
|
D'Owner Say Peace! ![]() D'Owners Site D'Owner Say Thanks
This skins made by Amirul AmilImage :Mr. Google Freebies : Arina | Atikah Re-edit : Qaira |
~Jenis gadis yang d’sukai lelaki~
Assalamualaikum^^
Hei :)... Today nak kongsi dengan korang bab perempuan sikit. So...let's cikedaut!!
1. Gadis Penuh Pengertian
Gadis jenis ini berada pada pada kedudukan pertama yang
paling disukai lelaki. Si gadis penuh pengertian ini dipilih oleh hampir lapan
puluh peratus responden. Menakjubkan!vSebegitu menarikkah gadis jenis penuh
pengertian ini kepada para lelaki? Jawapannya, YA! Sekaligus mengukuhkan fakta
menyatakan kaum lelaki ternyata juga makhluk yang ingin dimengerti.
2. Gadis Penyayang
Gadis penyayang ini juga paling disukai lelaki. Secara
dasarnya, lelaki juga makhluk yang ingin disayangi. Siapa tidak ingin disayangi
bukan? Jadi, kepada para gadis, 'sayangilah jejaka kamu'. Pasti kamu akan
semakin disayangi oleh pasanganmu.
3. Gadis Baik Hati
Sebenarnya, gadis seperti ini cukup sukar diidentifikasi
kerana berkaitan dengan masalah hati yang sangat mendalam. Si gadis baik hati
ini ternyata akan menjadi idaman lelaki. Jadi, bersyukurlah para lelaki yang
memiliki gadis yang baik hatinya.
4. Gadis Jujur
Dengan tersenarainya jenis gadis jujur dalam empat urutan
besar gadis yang paling disukai lelaki, diandaikan lelaki juga tidak mahu
dibohongi.
5.Gadis Setia
"Mana yang paling setia, lelaki ataupun gadis?"
Nah...pertanyaan yang sangat provokatif. Namun, gadis setia adalah gadis yang
juga disukai ramai lelaki.
6. Gadis Sederhana
Mereka juga jenis gadis yang disukai ramai lelaki. Sederhana
dengan apa adanya. Lebih bersikap natural kerana sapuan bedak, maskara dan
foundation itu cuma topeng. Gadis sederhana ialah gadis yang mensyukuri
kurniaan tuhan ke atas dirinya.
7. Gadis Pintar dan Berkeyakinan
Bagi gadis-gadis pintar, ramai lelaki akan mengagumimu.
Tetapi ternyata masalah keyakinan masih menjadi salah satu pertimbangan lelaki
dalam memilih gadis. Jenis gadis yang memiliki keyakinan yang sama dan taat
beribadah menjadi satu kriteria kunci yang tidak boleh hilang.
8. Gadis Cantik
Sebenarnya, jenis gadis cantik ini sangat relatif. Setiap
orang punya definisi berbeza mengenai apa itu cantik? Sama seperti apa itu
cinta? Cantik menurut anda belum tentu cantik menurut orang lain, begitu juga
sebaliknya. Tetapi biar cantik hati dan budi.
9. Memiliki Sifat Keibuan
Sifat keibuan seorang gadis ternyata menjadi perhatian para
lelaki. Bagi mereka yang bersedia untuk menikah, setidaknya mahu menjalin
hubungan yang serius, mungkin gadis jenis ini adalah yang paling banyak dicari.
10. Gadis Yang Sopan
Masih ramai lelaki yang me3nghargai dan menjunjung tinggi
kesopanan. Kesopanan melambangkan budi pekerti seseorang gadis dalam menjaga
maruah diri.
*sekiranya seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu
tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi.
Malah, lelaki boleh menyukai wanitan yang mempunyai banyak persamaan dengannya
sama ada dari segi pemikiran ataupun minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan
ataupun dikongsi bersama.*
okeh that's all for today^^ and tanx for read!
|